Maklum Balas Bunohan_(filem)

Ulasan

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif.John Anderson dari Variety mengulas filem ini sebagai "segar dengan sentuhan sihir, ganas dan wajar untuk dihasilkan semula untuk pasaran Amerika Syarikat."[6]John DeFore dari The Hollywood Reporter memuji filem ini sebagai "filem seni Malaysia".[7]Neil Miller dari Film School Rejects pula mengulas filem ini sebagai "...antara usaha terbaik Dain Said."[8]Peter Martin dari Twitch Film pula mengulas "...filem ini berhak untuk disaksikan dengan mata sendiri."[9]Ryland Aldrich dari portal yang sama pula memberi filem ini gred "B+".[10]Kong Way Yeng dari Time Out KL menggesa para penonton untuk "...membiarkan Dain Said membuat sihirnya yang tersendiri."[11]John Chew dari Esquire Malaysia memberi satu ayat untuk menggambarkan filem ini iaitu "filem epik Malaysia".[12]Howard Feinstein dari Filmmaker memberi filem ini gred "A-".[10]Muzaffar Mustapha dari Astro Awani pula mengatakan filem ini sebagai "...filem (Malaysia) terbaik yang pernah dihasilkan dalam tempoh dua dekad."[13]Kristin Dreyer Kramer dari portal masa lapang Nights and Weekends pula menggambarkan filem ini sebagai "pengambaraan filem yang menarik".[14]Fikri Jermadi dari portal perfileman Thoughts on Films menngulas filem ini sebagai "filem Malaysia yang menarik."[15]Shazryn Mohd.Faizal dari Utusan Malaysia pula menulis, "...filem ini berada di dalam kelasnya yang tersendiri."[16]Aidil Rusli dari The Malaysian Insider mengulas filem ini ialah "...penanda aras bagi industri perfileman tempatan."[17]

Jason Ratingan dari portal perfileman Just Press Play.net pula mengkritik filem ini kerana "...terlalu bercita-cita besar."[18]Casey Chong dari portal perfileman Moview Review mengulas filem ini sebagai "...jauh dari yang terbaik."[19]Niezam Abdullah dari mStar menggunakan dua perkataan untuk filem ini iaitu "semak" dan "sakit kepala".[2]Stijn Terrie dari portal hiburan Demening memberi filem ini dua bintang dari lima.[20]

Filem ini mendapat Anugerah NETPAC pada Festival Filem Taipei Golden Horse.[21]

Rujukan

WikiPedia: Bunohan_(filem) http://demening.be/film/bunohan/ http://www.asiapacificscreenacademy.com/2012/10/20... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/bunohan-a... http://perangfilem1.blogspot.com/2012/10/keputusan... http://www.bunohan.com/bm/index.html http://filmschoolrejects.com/reviews/fantastic-fes... http://www.firstpost.com/bollywood/gangs-of-wassey... http://www.hollywoodreporter.com/review/bunohan-to... http://www.indiewire.com/film/bunohan http://www.malaysiandigest.com/entertainment/16313...